( Tapak Sekolah )
1.
0. Pendahuluan
Kesedaran
tentang permasalahan mualaf yang tidak berkesudahan khususnya dalam bidang
pendidikan serta berbekal sedikit pengalaman telah menyuntik semangat untuk
membangunkan sebuah sekolah bersistemkan pondok sebagaimana pondok-pondok yang
terdapat di semenanjung, Malaysia. Dua
fokus utama; Pendidikan kelas umum dengan tidak mengenepikan pendiikan
peringkat kanak-kanak menjadi keutamaan SAR Kg. Salimandut dibangunkan.
Dengan
adanya pusat pendidikan seumpama ini, ia sedikit sebanyak akan menyumbang ke
arah pembanterasan kejahilan dalam kalangan mualaf khususnya di kawasan utara
Sabah. Selain itu, kewujudan SAR ini
kelak bakal dapat mengimbangi kerancakan gerakan kristianisasi yang semakin
hari semakin aktif di Sabah, khususnya
di kawasan utara. Gerak kerja mereka
bukan saja terancang dan bersistem bahkan mendapat sokongan daripada para
penganut mereka, pemimpin-pemimpin masyarakat, para ahli politik Kristian serta
pihak- pihak luar. Usaha
oleh jabatan agama seperti JHEAINS, JAKIM, YADIM dan badan-badan NGO seperti
USIA, ABIM dan pertubuhan mualaf
tidaklah dinafikan dalam membendung gejala jahil masyarakat Islam kawasan ini,
namun itu tidak cukup bahkan seyogia dipastikan masyarakat sekeliling turut
serta dan aktif menyokong kerja-kerja dakwah mengikut kapasiti masing-masing.
Bagi
kawasaan N5 Tandek, sehingga hari ini, hanya wujud sebuah SAN yang terletak di
Pekan Tandek dan SAR Kg. Salimandut kini merupakan sekolah agama kedua. Selain
sukatan kurikulum dan ko-kurikulum dari
jabatan pendidikan JHEAINS, SAR Kg. Salimandut juga akan menggunakan bahasa
sukuan Dusun Kimaragang sebagai bahasa penyampai terutamanya ketika
mentafsirkan sesuatu perkataan yang terkandung dalam sesuatu istilah dalam
kuliah-kuliah umum mingguan memandangkan 100% penduduk sekitar sekolah ini
terdiri daripada suku Dusun Kimaragang.
Oleh
kerana ketiadaan bangunan khas sekolah, maka sementara waktu, pihak kami telah
menjadikan masjid sebagai kelas, sekali gus memudahkan pelaksanaan praktikal
atau amali kepada murid-murid dalam
pembelajaran mereka. Perkara ini akan berlarutan sehingga wujud bangunan
sekolah yang kini sedang diusahakan.
Sebuah tapak tanah persendirian
bergeran seluas 3 ekar telah diwakafkan oleh encik Botong bin Anjuk untuk tapak
sekolah TABUNG
SUMBANGAN SAR KG. SALIMANDUT telah dilancarkan baru-baru ini dan sedang giat
mencari dana dari pelbagai sumber termasuklah dari pihak-pihak individu,
usahawan, pertubuhan, yayasan, badan-badan koperat dan lain-lain sumber untuk
kegunaan jangka panjang dan pendek SAR sekali gus memastikan kelancaran
pengajaran dan pembelajaran SAR ini.
2.0.
Jumlah Pelajar
Seramai
87 orang pelajar yang beragama Islam di
SK. Tumunda, Salimandut secara langsung akan diserap menjadi pelajar pertama
SAR Kg. Salimandut. Ini tidak termasuk pelajar yang bakal mendaftar dari
kampung-kampung berhampiran. Dianggarkan hampir 150 orang murid lagi akan
memasuki SAR Kg. Salimandut berdasarkan jumlah dan purata penganut Islam
kampung berhampiran iaitu Kg. Damai,
Masolog, Talantang I, Talantang II, Magaratung, Penusukan, Longob, Nolotan,
Batation, Morion.
3.0. Latar Belakang Penduduk
Seramai
80 % penduduk N5 Tandek terdiri daripada
suku Dusun yang mengusahakan tanaman sawah
padi dan getah. Ada di antaranya menambah pendapatan dengan menangkap
ikan sebagai kerja sampingan.
Sebahagian kecil yang lain bekerja di sektor
awam.
4. 0.
Visi
Sekolah
Kenal Allah, cinta Rasulullah
5. 0. Misi Sekolah
- Melahirkan pelajar berilmu dan beramal
- Menjadi pusat pendidikan mualaf sabah
- Mewujudkan sistem pondok moden
- Mengadakan pembelajaran secara online
- Mengadakan khidmat masyarakat 24 jam
- Bahasa dan budaya sebagai metod dakwah
- Pusat penterjemahan ilmu Islam dalam bahasa Dusun Kimaragang
Diharapkan
agar bangunan dan prasarana SAR kampung Salimandut Tandek akan dapat dibangunkan sesegera
mungkin agar para pelajar akan mendapat suasana pembelajaran kondusif sekali
gus menyegerakan pencapaian visi dan misi sekolah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan