Khamis, 23 Februari 2012

Sumbangan


Selaku Pengerusi SAR Kampung Salimandut Tandek , Kota Marudu, saya dengan rasa rendah diri, memohon kepada muslimin dan muslimat, para ahli koperat serta badan-badan NGO yang bermurah hati agar bersama-sama memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, alat bantu mengajar sekolah, buah fikiran dan tenaga kepada SAR ini yang dibina khusus untuk anak-anak dan saudara-saudara mualaf di kawasan Tandek, Kota Marudu. Mudah-mudahan, sumbangan itu bakal melancarkan pelaksanaan kelas dan pengajian yang dirancang dalam masa terdekat .

Sebagai makluman, Sekolah Agama Rakyat ini baru saja diluluskan pendaftarannya di bawah JHEAINS dan belumpun wujud sebarang kemudahan melainkan sebuah masjid yang letaknya di Kg. Salimandut sekali gus berfungsi sebagai kelas sementara sehinggalah bangunan di tapak seluas 3 ekar terbina. Pun, kami masih dalam rangka mencari dana untuk membangunkan bangunan sekolah ini.

Atas sebab ketiadaan bajet, akaun sekolah setakat ini belum dapat diwujudkan. Sebagai alternatifnya, sumbangan bolehlah di salurkan melalui akaun saya; MAYBANK- MOHD. NAZRI BIN ABDULLAH -160072482011. Meskipun cara ini agak janggal dan bertentangan, namun, inilah pilihan yang ada pada kami setakat ini. Jika selepas ini wang deposit untuk membuka akaun sudah cukup, serta-merta akaun peribadi ini akan bertukar ke akaun khas. Perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Kepada penyumbang yang bermurah hati, sila mesej nama dan jumlah sumbangan anda selepas membuat sumbangan ke akaun tersebut untuk kami bawa ke mesyuarat khas pengurusan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-8827449 langsung kepada saya. Sama-sama kita berdoa moga usaha mendirikan SAR di Tandek ini dipermudahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan